Wednesday, July 16, 2014

KENALI PENYAKIT UNTUK RAWATAN BEKAM.






Antara penyakit yang perlu dibekam : 

Berikut ialah beberapa jenis penyakit yang boleh dirawat melalui kaedah berbekam, 

InsyaAllah:-

  1. Kegemukan (Obesiti)
  2. Elephantiasis (Penyakit Kaki Gajah / Untut)
  3. Sciatica (Sakit Pinggang)
  4. Sakit Perut
  5. Sembelit
  6. Gangguan Jantung & Lambung
  7. Menunrunnya Fungsi Rusuk, Peradangan dan Nyeri Peru
  8. Alergi Makanan
  9. Sengal Tulang
  10. Sesak Nafas
  11. Asma
  12. Insomnia (Susah Tidur)
  13. Cirit Birit
  14. Kejang Otot
  15. Kencing Manis
  16. Gangguan Pundi Empedu dan Hati
  17. Menggigil Tanpa Demam
  18. Kencing Malam
  19. Tonsil
  20. Gatal-Gatal (Harsh)
  21. Radang Usus Besar
  22. Tekanan Jiwa yang Berat (Stress)
  23. Gangguan Pundi Empedu
  24. Pusingan Haid Tidak Teratur
  25. Ginjal
  26. Tekanan Darah Tinggi
  27. Sakit-sakit Lutut
  28. Sakit-sakit Di Kaki
  29. Sakit Di Sekitar Tulang Belakang
  30. Gangguan Jiwa
  31. Lumpuh kerana Penyumbatan Pembuluh Darah Otak (Strok)
  32. Encok (Gout)
  33. Rematoid
  34. Luka, Bisul Di Betis dan Punggung serta Gatal-gatal
  35. Menurunnya Daya Tahan Tubuh
  36. Sinus
  37. Sakit Di Daerah Perut
  38. Gangguan Rusuk dan Penyakit Kulit Rusuk
  39. Buasir
  40. Penyakit Jantung
  41. Mandul
  42. Terlalu Banyak Tidur
  43. Sakit Kepala Sebelah (Migrain)
  44. Memperbaiki Peredaran Darah
  45. Pembuluh Darah Sempit dan Sumbat
  46. Sakit Punggung
  47. Sakit Bahu dan Tengkuk
  48. Sakit Bahu
  49. Badan Kurus
  50. Untuk Membantu Meninggalkan Merokok
  51. Kurang Dengar, Radang dan Bengkak Telinga
  52. Jangkitan Kuman
  53. Melancarkan Perjalanan Darah
  54. Menurunnya Aliran Darah
  55. Tingkatkan Daya Ingatan
  56. Tingkatkan Konsentrasi
  57. Fistula Ani
  58. Sakit Pinggang
  59. Sakit Punggung
  60. Gangguan Pundi Kemih (Pundi Kencing)
  61. Kaki Kesemutan
  62. Tangan Kesemutan
  63. Salah Urat
  64. Lumpuh Menyeluruh
  65. Pening Kerana Gangguan Perut @ Sembelit
  66. Gangguan Pada Prostat dan Lemah Syahwat
  67. Pening Kerana Gangguan Tulang Belakang atau Gangguan Pada Empedu dan Hati
  68. Pening Pada Waktu Haid Bagi Wanita
  69. Rasa Sakit Di Bahagian Paha dan Telapak Kaki
  70. Dingin Di Telapak Kaki
  71. Nervous (Tegang / Gelisah)
  72. Tumor Otak
  73. Penebalan dan Pengerasan Telapak Kaki
  74. Lutut yang Kaku
  75. Gangguan Pankreas
  76. Kejang-kejang
  77. Tidak Boleh Bercakap
  78. Penyakit Mata
  79. Lemahnya Fungsi Sel-sel Otak
  80. Berhenti Haid
  81. Pembekakan Testis
  82. Tekanan Darah Rendah
  83. Berbagai Penyakit Rahim
  84. Keluarnya Cairan Vagina Tanpa Bau, Warna dan Tanpa Rasa Gatal
  85. Keluarnya Cairan Vagina
  86. Peradangan Saraf Trigeminus (44) dan Facialis (45)
  87. Untuk Meningkatkan Prodcuktiviti Indung Telur (Kesuburan)
  88. Pusing Kerana Mata Lelah
  89. Batuk Kronik dan Penyakit-penyakit Paru-Paru
  90. Sakit Kepala Pening Kerana Tekanan Darah Tinggi
  91. Sakit Kepala Kerana Radang Di Sekitar Rongga Hidung
  92. Pening Kerana Anemia
  93. Pening Kerana Influenza
Sumber:
1)     thibbalummah
2)     bekamsunnah



HUBUNGI SAYA SEGERA UNTUK TEMUJANJI :


013-5079800 / 017-9330659

SMS / CALL / WHATSUP



HANYA RM150.00 PER RAWATAN 

TIADA CAJ TERSEMBUNYI

RAWATAN BEKAM SUNNAH SENAWANG DAN SEREMBAN

PROFIL JURU BEKAM ANDA


MOHAMAD PIRDAUS BIN YUSOH 

KELULUSAN :

PELAJAR PHD, UMS
SARJANA [MASTER] USM, 2014
IJAZAH SARJANA MUDA USM, 2010

KELAYAKAN & PENGALAMAN :
 PERAWAT ISLAM (SIHIR, SAKA DLL)
 JURU BEKAM 


KAJIAN MENGENAI BEKAM




KOTA BHARU 29 Jan. - Hasil kajian yang dijalankan seorang penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati rawatan berbekam mampu mengawal penyakit diabetes serta mengurangkan risiko untuk menghidapi penyakit kardiovaskular.

Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail berkata, kajian yang dijalankan sejak dua tahun lalu itu membuktikan paras gula dalam darah boleh menurun apabila rawatan tersebut dijalankan secara konsisten.


Beliau berkata, bukan sahaja paras gula dalam darah tetapi semua parameter fungsi ginjal seperti serum urea, kreatinin dan asid urik yang mendorong kepada penyakit diabetes turut menunjukkan penurunan apabila melakukan bekam.

"Secara tidak langsung, masalah gout juga dapat dikawal kerana kadar asid urik dalam tubuh berkurangan selepas menjalani rawatan.


"Melalui kajian tersebut, didapati berbekam mampu menurunkan risiko sakit jantung dan strok dengan menurunkan antigen Von Willebrand dan meningkatkan fungsi endotelial," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Syarahan Umum Pelantikan Profesor mengenai Bekam dan Amalan Sunnah Mencegah Penyakit Kronik di Dewan Utama, USM di sini hari ini.
Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi. 

Ab. Aziz berkata, kajian yang ditaja oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu menunjukkan kelebihan berbekam hanya dapat dirasakan jika melalui rawatan setiap empat bulan atau 120 hari.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, dia kini giat berbincang dengan hospital kerajaan dan swasta bagi mewujudkan perkhidmatan perubatan tradisional kepada pesakit secara pilihan.
"Selain manfaat berbekam, perkhidmatan alternatif ini perlu diwujudkan di hospital-hospital sebagai menjamin kebersihan peralatan berbekam yang digunakan.

"Pada masa sama, saya melihat berbekam ini juga dapat mengurangkan pengantungan ubat-ubatan apabila menjalani rawatan tersebut secara konsisten," katanya.

Dalam majlis tersebut, Profesor Dr. Siti Amrah Sulaiman turut menyampaikan syarahan umum mengenai Madu Lebah Penawar Penyakit Sepanjang Zaman.

Menurut beliau, hasil kajian yang dilakukan mendapati madu boleh digunakan untuk merawat penyakit.
"Berdasar kajian terhadap haiwan diabetes, 'madu menolong' menurunkan paras gula dalam darah dan mengembalikan tahap keupayaan anti oksidan dan melambatkan kerosakan organ seperti ginjal.
"Gabungan madu dan ubatan diabetes menunjukkan hasil positif dan dijangka boleh mengurangkan masalah komplikasi penyakit tersebut," katanya.




Dalil Sunnah berbekam

Assalamualaikum

Sunnah BERBEKAM :


Baginda Rasulullah S.A.W amat menggalakkan umatnya berbekam kerana baginda S.A.W sendiri mengamalkannya. Menurut beberapa hadis ada menceritakan tentang amalan bekam yang dilakukan baginda S.A.W

Diriwayatkan dari Anas bahawa Rasulullah S.A.W maksudnya :

" Baginda  berbekam di kepala ketika baginda melaksanakan ihram kerana merasa pening. Dalam riwayat yang lain kerana sakit yang dirasakan baginda. dalam tulisan yang lain kerana sakit kepala yang dirasakan baginda"   (HR Bukhari, Jilid 1,hadis no 5700, At-Thibb)                                     
                                                                                     

Dari Anas r.a yang berkata maksudnya :

" Rasulullah S.AW pernah berbekam pada Akhda'ain dan bahu baginda"(Sahih Al-Jami' :4927)

Menurut Sahih Ibnu Hibban. At-Thibb : Jilid X111 hal 442, hadis ke 6078, diriwayatkan dar Abu Hurairah bahawa Abu Hind pernah membekam Rasulullah S.A.W pada yafukh. Maka nabi S.A.W bersabda :

 "Wahai segenap kaum Ansar, nikahkanlah Abu Hind dan nikahkan anak kamu dengannya" 

Lantas baginda S.A.W bersabda lagi :

"Bila pada pengubatan kamu ada yang terbaik, maka itulah bekam"


Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Banyak lagi hadis hadis Rasulullah S.A.W yang menceritakan tentang kebaikan berbekam yang boleh ditemui namun apa yang dapat ana tampilkan ini hanyalah sekadar penambahan ilmu buat kita semua. Semuga kita semua mendapat rahmat dan keampunan dari Allah S.W.T...